BANTAHAN SEMASA
PERDEBATAN SEDANG BERLANGSUNG
1. Bantahan dalam konteks ini bermaksud bantahan yang
diajukan oleh pendebat kepada Yang Dipertua Dewan semasa perdebatan berlangsung
bagi menarik perhatian beliau terhadap perlanggaran sebarang peraturan
perdebatan seperti :-
i.
Penggunaan
aksi atau bahasa yang kurang sopan dalam
perdebatan; atau
perdebatan; atau
ii.
Pengenalan
fakta baru semasa dalam ucapan substantif pendebat
ketiga dan/atau ucapan gulungan; atau
ketiga dan/atau ucapan gulungan; atau
iii.
Mana-mana
pendebat yang melebihi had masa lebih daripada 30 saat.
2. Menjadi tanggungjawab setiap pasukan untuk menyuarakan
bantahan terhadap sebarang pelanggaran peraturan. Keputusan Yang Di-Pertua Dewan
sama ada untuk menerima atau menolak bantahan yang dikemukakan adalah muktamad.
3. Jika bantahan diterima, Yang Di-Pertua Dewan boleh
mengarahkan pendebat yang terbabit agar mematuhi peraturan yang dibangkitkan
dan masa yang digunakan untuk membuat bantahan akan dikira dari masa pendebat
yang sedang berucap. Sebaliknya, jika bantahan ditolak pendebat terbabit akan
diberikan masa tambahan bagi menggantikan masa yang telah digunakan semasa
bantahan tersebut.
3. Tajuk-tajuk
perdebatan akan disediakan oleh pihak penganjur
TAJUK PERDEBATAN
1. Rujuk Maklumat Spesifik Pertandingan Perkara 1.3 (Sistem
dan Maklumat Perlawanan).
2. Tajuk-tajuk perdebatan merangkumi isu-isu berkenaan
kesihatan.
No comments:
Post a Comment