1.1
Kaedah Penghakiman
Setiap bilik akan diadili oleh tiga orang hakim, terdiri
daripada dua orang hakim pelatih yang dibawa oleh universiti yang bertanding
dan seorang hakim dari universiti yang tidak bertanding dalam pertandingan ini.
Hakim-hakim pelatih tidak dibenarkan untuk mengadili perlawanan universiti
mereka sendiri.
Khidmat hakim pelatih akan digunakan sehingga pusingan
keempat sahaja. Pusingan separuh akhir dan akhir akan menggunakan khidmat 3
orang hakim dari universiti tidak bertanding bagi setiap pertandingan.
Penilaian pembahas adalah berdasarkan tiga aspek, iaitu
Isi (40 markah), Kaedah (40 markah) dan Gaya (20 markah). Isi diadili dari segi
kesesuaian , pengembangan dan penjelasan hujah, fakta dan contoh yang digunakan
serta bidasan yang berkesan terhadap hujah pihak lawan.
Kaedah diadili dari segi :
1) keberkesanan susunan dan struktur ucapan pendebat
2) keberkesanan penyususnan dan struktur usul sesuatu
pasukan secara keseluruhan
3) kesinambungan hujah dan fakta
4) kerja sepasukan
Markah pembahas akan direkodkan bagi tujuan penentuan
pembahas terbaik pusingan awal. Pasukan yang mempunyai markah kumulatif pasukan
tertinggi akan memenangi perlawanan.
1.2
Cara Pemilihan Pendebat Terbaik
Pendebat terbaik pusingan awal akan dinilai berdasarkan
markah purata kumulatif 4 pusingan awal, manakala pendebat terbaik pusingan
akhir akan dipilih oleh para juri berdasarkan tiga aspek yang telah disebut
diatas iaitu Isi, Cara dan Gaya mereka.
1.3
Sistem dan Maklumat Perlawanan
Format masa pembahasan ialah 7 minit bagi setiap pembahas
diikuti 4 minit bagi sesi pergulungan setiap pasukan.
Prosedur atau sistem perlawanan akan menggunakan sistem ‘power match’ bagi menentukan perlawanan
bagi pusingan pertama. Pusingan seterusnya akan diteruskan dengan mempertemukan
setiap pasukan yang mempunyai markah kemenangan yang sama sehinggalah ke
pusingan keempat.
Keputusan perlawanan, maklumat perlawanan yang bakal
berlangsung, serta tajuk perdebatan akan dipamerkan di dewan berkumpul (Dewan
Kuliah 2).
Setiap pasukan wajib mengharungi empat pusingan awal bagi
mengumpul mata kemenangan. Empat pasukan yang memperoleh mata tertinggi dari
segi kemenangan dan juga markah pembahas akan mara ke pusingan separuh akhir.
10 usul akan diberikan sebelum pertandingan kepada setiap
pasukan akan digunakan bagi pusingan pertama sehingga ke pusingan separuh akhir
secara rawak. Manakala bagi pusingan akhir, tajuk akhir akan diberikan selepas
2 pasukan yang mara ke peringkat akhir diumumkan.
Pusingan keempat sehingga peringkat akhir akan diadakan
pada hari kedua pertandingan. Pusingan keempat sehingga pusingan separuh akhir
akan diadakan di Fakulti Universiti Kebangsaan Malaysia Kampus Kuala Lumpur
manakala pusingan akhir akan berlangsung di Dewan Serbaguna Kolej Kediaman Tun
Syed Nasir (Kolej kediaman pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia), Kuala
Lumpur. Justeru, setiap pasukan diminta menyediakan peralatan mandi, peralatan
elektronik seperti komputer riba dan pakaian mencukupi termasuk pakaian formal
pada hari kedua sebagai persediaan sekiranya mara ke pusingan akhir. Tempat
persediaan sebelum pusingan akhir akan disediakan oleh pihak pengurusan.
Pusingan ketiga (yang bakal berlangsung pada hari
pertama) dan pusingan keempat (Pada hari kedua) adalah pusingan senyap, keputusan
tidak akan didedahkan selepas perlawanan berlangsung.
Keputusan pusingan ketiga hanya akan diumumkan pada hari
kedua dan keputusan pusingan ke hanya akan diumumkan selepas berkumpul semula
daripada solat Zuhur dan rehat.
No comments:
Post a Comment