Thursday, 24 April 2014

PERINCIAN PROGRAM 3

PENJELASAN/CELAHAN

1.    Penjelasan/celahan dalam konteks ini bermaksud penjelasan yang diminta oleh pihak lawan bagi membetulkan pendebat yang sedang berucap atau menimbulkan fakta penting. Penjelasan/celahan hendaklah ringkas dan bersangkutan dengan apa yang sedang dibincangkan oleh pendebat tersebut.

2.    Pendebat yang sedang berucap mempunyai hak mutlak sama ada untuk menerima atau menolak penjelasan/celahan yang cuba diberikan. Bagaimanapun, penolakan penjelasan/celahan yang berterusan atau penerimaan yang keterlaluan sehingga menjejaskan kualiti ucapan pendebat tersebut harus dipandang serius.

3.  Dengan ini disyorkan setiap pendebat menerima sekurang-kurangnya dua penjelasan. Walau bagaimanapun, program perdebatan ini tidak mengenakan had maksimum atau minimum bagi menerima penjelasan/celahan.

4.     Penjelasan/celahan tidak boleh melebihi 15 saat. Loceng akan dibunyikan selepas 15 saat. Jika penjelasan/celahan belum selesai, pendebat yang meminta penjelasan/celahan hendaklah duduk serta-merta.

5.    Penjelasan/celahan tidak boleh diminta sebelum berakhir minit pertama dan pada minit terakhir mana-mana ucapan substantif. Loceng akan dibunyikan sekali bagi menandakan permulaan dan sekali lagi pada pengakhiran waktu meminta penjelasan dibenarkan. Penjelasan/celahan tidak boleh diminta dalam ucapan gulungan.

6.    Hanya ahli daripada pihak lawan boleh meminta penjelasan/. Pendebat hendaklah memberi isyarat jika ingin mencelah dengan cara berdiri, mengangkat tangan, membuat permohonan dan sebagainya yang menggunakan cara yang sesuai.

7.  Pendebat yang sedang berucap boleh menerima atau menolak penjelasan dengan memberi isyarat fizikal atau memberitahu secara lisan. Jika ditolak, pendebat yang ingin meminta penjelasan/celahan hendaklah duduk dan menunggu peluang yang lain.


8.   Apabila penjelasan/celahan diterima, pendebat yang sedang berucap tidak boleh menjawab selagi pendebat yang meminta penjelasan belum selesai mencelah atau peruntukan 15 saat yang diberi belum tamat (yang mana dahulu). Pendebat tidak wajar memotong penjelasan/celahan yang diminta oleh pasukan lawan apabila telah menerimanya.

No comments:

Post a Comment