Tuesday, 29 April 2014

PERHATIAN !!!

PERHATIAN KEPADA SEMUA PASUKAN DEBAT KESIHATAN PIALA TUN SYED NASIR.


Terima Kasih YPC

Penaja Gold Debat Kesihatan Piala Tun Syed Nasir 2014 Terima kasih Yayasan Pendidikan Cheras kerana menyokong program kami !

-MENGGILAP KREADIBILITI MENCERMIN PROFESIONALISME-



HADIAH MENARIK MENANTI ANDA!!!



TEMPAT PERTAMA

RM 500

piala pusingan

piala iringan

sijil penyertaan

sijil penghargaan




  TEMPAT KEDUA    
 

RM 300
piala iringan

sijil penyertaan 

sijil penghargaan





PENDEBAT TERBAIK

RM 100

piala iringan

sijil penghargaan 

sijil penyertaan




-menggilap kreadibiliti mencermin profesionalisme-

Thursday, 24 April 2014

MAKLUMAT SPESIFIK PERTANDINGAN

1.1  Kaedah Penghakiman

Setiap bilik akan diadili oleh tiga orang hakim, terdiri daripada dua orang hakim pelatih yang dibawa oleh universiti yang bertanding dan seorang hakim dari universiti yang tidak bertanding dalam pertandingan ini. Hakim-hakim pelatih tidak dibenarkan untuk mengadili perlawanan universiti mereka sendiri.

Khidmat hakim pelatih akan digunakan sehingga pusingan keempat sahaja. Pusingan separuh akhir dan akhir akan menggunakan khidmat 3 orang hakim dari universiti tidak bertanding bagi setiap pertandingan.

Penilaian pembahas adalah berdasarkan tiga aspek, iaitu Isi (40 markah), Kaedah (40 markah) dan Gaya (20 markah). Isi diadili dari segi kesesuaian , pengembangan dan penjelasan hujah, fakta dan contoh yang digunakan serta bidasan yang berkesan terhadap hujah pihak lawan.

Kaedah diadili dari segi :
1) keberkesanan susunan dan struktur ucapan pendebat
2) keberkesanan penyususnan dan struktur usul sesuatu pasukan       secara keseluruhan
3) kesinambungan hujah dan fakta
4) kerja sepasukan

Markah pembahas akan direkodkan bagi tujuan penentuan pembahas terbaik pusingan awal. Pasukan yang mempunyai markah kumulatif pasukan tertinggi akan memenangi perlawanan.

1.2  Cara Pemilihan Pendebat Terbaik

Pendebat terbaik pusingan awal akan dinilai berdasarkan markah purata kumulatif 4 pusingan awal, manakala pendebat terbaik pusingan akhir akan dipilih oleh para juri berdasarkan tiga aspek yang telah disebut diatas iaitu Isi, Cara dan Gaya mereka.

1.3  Sistem dan Maklumat Perlawanan

Format masa pembahasan ialah 7 minit bagi setiap pembahas diikuti 4 minit bagi sesi pergulungan setiap pasukan.

Prosedur atau sistem perlawanan akan menggunakan sistem ‘power match’ bagi menentukan perlawanan bagi pusingan pertama. Pusingan seterusnya akan diteruskan dengan mempertemukan setiap pasukan yang mempunyai markah kemenangan yang sama sehinggalah ke pusingan keempat.

Keputusan perlawanan, maklumat perlawanan yang bakal berlangsung, serta tajuk perdebatan akan dipamerkan di dewan berkumpul (Dewan Kuliah 2).

Setiap pasukan wajib mengharungi empat pusingan awal bagi mengumpul mata kemenangan. Empat pasukan yang memperoleh mata tertinggi dari segi kemenangan dan juga markah pembahas akan mara ke pusingan separuh akhir.

10 usul akan diberikan sebelum pertandingan kepada setiap pasukan akan digunakan bagi pusingan pertama sehingga ke pusingan separuh akhir secara rawak. Manakala bagi pusingan akhir, tajuk akhir akan diberikan selepas 2 pasukan yang mara ke peringkat akhir diumumkan.

Pusingan keempat sehingga peringkat akhir akan diadakan pada hari kedua pertandingan. Pusingan keempat sehingga pusingan separuh akhir akan diadakan di Fakulti Universiti Kebangsaan Malaysia Kampus Kuala Lumpur manakala pusingan akhir akan berlangsung di Dewan Serbaguna Kolej Kediaman Tun Syed Nasir (Kolej kediaman pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia), Kuala Lumpur. Justeru, setiap pasukan diminta menyediakan peralatan mandi, peralatan elektronik seperti komputer riba dan pakaian mencukupi termasuk pakaian formal pada hari kedua sebagai persediaan sekiranya mara ke pusingan akhir. Tempat persediaan sebelum pusingan akhir akan disediakan oleh pihak pengurusan.

Pusingan ketiga (yang bakal berlangsung pada hari pertama) dan pusingan keempat (Pada hari kedua) adalah pusingan senyap, keputusan tidak akan didedahkan selepas perlawanan berlangsung.


Keputusan pusingan ketiga hanya akan diumumkan pada hari kedua dan keputusan pusingan ke hanya akan diumumkan selepas berkumpul semula daripada solat Zuhur dan rehat.

PERINCIAN PROGRAM 4

BANTAHAN SEMASA PERDEBATAN SEDANG BERLANGSUNG

1.    Bantahan dalam konteks ini bermaksud bantahan yang diajukan oleh pendebat kepada Yang Dipertua Dewan semasa perdebatan berlangsung bagi menarik perhatian beliau terhadap perlanggaran sebarang peraturan perdebatan seperti :-
i.              Penggunaan aksi atau bahasa yang kurang sopan dalam
perdebatan; atau
ii.            Pengenalan fakta baru semasa dalam ucapan substantif pendebat
ketiga dan/atau ucapan gulungan; atau
iii.           Mana-mana pendebat yang melebihi had masa lebih daripada 30 saat.

2.    Menjadi tanggungjawab setiap pasukan untuk menyuarakan bantahan terhadap sebarang pelanggaran peraturan. Keputusan Yang Di-Pertua Dewan sama ada untuk menerima atau menolak bantahan yang dikemukakan adalah muktamad.


3.    Jika bantahan diterima, Yang Di-Pertua Dewan boleh mengarahkan pendebat yang terbabit agar mematuhi peraturan yang dibangkitkan dan masa yang digunakan untuk membuat bantahan akan dikira dari masa pendebat yang sedang berucap. Sebaliknya, jika bantahan ditolak pendebat terbabit akan diberikan masa tambahan bagi menggantikan masa yang telah digunakan semasa bantahan tersebut.


TAJUK PERDEBATAN

1.    Rujuk Maklumat Spesifik Pertandingan Perkara 1.3 (Sistem dan Maklumat Perlawanan).

2.    Tajuk-tajuk perdebatan merangkumi isu-isu berkenaan kesihatan.

3. Tajuk-tajuk perdebatan akan disediakan oleh pihak penganjur

PERINCIAN PROGRAM 3

PENJELASAN/CELAHAN

1.    Penjelasan/celahan dalam konteks ini bermaksud penjelasan yang diminta oleh pihak lawan bagi membetulkan pendebat yang sedang berucap atau menimbulkan fakta penting. Penjelasan/celahan hendaklah ringkas dan bersangkutan dengan apa yang sedang dibincangkan oleh pendebat tersebut.

2.    Pendebat yang sedang berucap mempunyai hak mutlak sama ada untuk menerima atau menolak penjelasan/celahan yang cuba diberikan. Bagaimanapun, penolakan penjelasan/celahan yang berterusan atau penerimaan yang keterlaluan sehingga menjejaskan kualiti ucapan pendebat tersebut harus dipandang serius.

3.  Dengan ini disyorkan setiap pendebat menerima sekurang-kurangnya dua penjelasan. Walau bagaimanapun, program perdebatan ini tidak mengenakan had maksimum atau minimum bagi menerima penjelasan/celahan.

4.     Penjelasan/celahan tidak boleh melebihi 15 saat. Loceng akan dibunyikan selepas 15 saat. Jika penjelasan/celahan belum selesai, pendebat yang meminta penjelasan/celahan hendaklah duduk serta-merta.

5.    Penjelasan/celahan tidak boleh diminta sebelum berakhir minit pertama dan pada minit terakhir mana-mana ucapan substantif. Loceng akan dibunyikan sekali bagi menandakan permulaan dan sekali lagi pada pengakhiran waktu meminta penjelasan dibenarkan. Penjelasan/celahan tidak boleh diminta dalam ucapan gulungan.

6.    Hanya ahli daripada pihak lawan boleh meminta penjelasan/. Pendebat hendaklah memberi isyarat jika ingin mencelah dengan cara berdiri, mengangkat tangan, membuat permohonan dan sebagainya yang menggunakan cara yang sesuai.

7.  Pendebat yang sedang berucap boleh menerima atau menolak penjelasan dengan memberi isyarat fizikal atau memberitahu secara lisan. Jika ditolak, pendebat yang ingin meminta penjelasan/celahan hendaklah duduk dan menunggu peluang yang lain.


8.   Apabila penjelasan/celahan diterima, pendebat yang sedang berucap tidak boleh menjawab selagi pendebat yang meminta penjelasan belum selesai mencelah atau peruntukan 15 saat yang diberi belum tamat (yang mana dahulu). Pendebat tidak wajar memotong penjelasan/celahan yang diminta oleh pasukan lawan apabila telah menerimanya.

PERINCIAN PROGRAM 2

PERANAN SETIAP PASUKAN

 1. Peranan pihak Kerajaan adalah untuk menyokong usul. Mereka perlu mendefinisikan usul, memberi hujahan/kes yang menyokong usul dan membidas sebarang cabaran yang dibuat oleh pihak Pembangkang terhadap hujahan usul mereka.

 2. Peranan pihak Pembangkang adalah untuk membangkang usul. Mereka perlu menjawab definisi Kerajaan dan jika perlu membina hujahan/kes bangkangan terhadap usul dan membidas hujahan yang dikemukakan oleh pihak Kerajaan.



FAKTA BARU


         Tiada sebarang “fakta baru” dibenarkan bagi disampaikan dalam ucapan substantif pendebat ketiga dan ucapan gulungan mana-mana pasukan (Kerajaan atau Pembangkang). Contoh baru ialah bukan fakta baru. Hujahan atau fakta dikira ‘baru’ kecuali :-i. Yang telah digunakan dalam mana-mana hujahan terdahuluii. Yang merupakan bidasan terhadap hujahan pasukan lawan



         DEFINISI

1. Tugas memberikan definisi usul perdebatan yang wajar dan boleh dibahaskan ialah hak dan tanggungjawab pihak Kerajaan.


2. Pihak Pembangkang boleh :-i. Menerima definisi Kerajaan secara keseluruhan/mutlak; atau
iiMenerima dengan membuat pindaan tertentu (hanya untuk kategori Bahasa Melayu); atau
iii. Menolak secara keseluruhan/mutlak dan mengemukakan definisi alternatif.


3. Pihak Pembangkang boleh menolak definisi pihak Kerajaan secara keseluruhannya hanya jika :-
iDefinisi pihak Kerajaan tidak mempunyai kaitan yang kuat dengan maksud sebenar usul.
iiDefinisi pihak Kerajaan ialah “truistik”, iaitu tidak boleh dibangkang dengan hujahan rasional.
iiiDefinisi pihak Kerajaan berdasarkan kepada pendefinisian yang terlalu spesifik ataupun yang melibatkan masa dan tempat yang tidak masuk akal
.

Tuesday, 22 April 2014

PERINCIAN PROGRAM 1


STRUKTUR PERDEBATAN DEBAT ALA-PARLIMEN MALAYSIA

1.    Usul perdebatan akan dimaklumkan 20 minit sebelum perdebatan. Semua pasukan diharapkan dapat menepati waktu.
2.    Perdebatan dijalankan dalam Bahasa Melayu mengikut gaya Perdebatan ala-Parlimen Malaysia.
3.    Setiap pusingan debat mempunyai dua pasukan iaitu pasukan Kerajaan (pencadang) dan Pembangkang. Setiap pasukan terdiri daripada 3 orang pendebat dan seorang pendebat simpanan.
4.    Pasukan Kerajaan terdiri daripada Perdana Menteri dan 2 anggota kerajaan manakala pasukan Pembangkang terdiri daripada Ketua Pembangkang dan dua anggota pembangkang.
5.    Setiap pendebat perlu menyampaikan ucapan substantif. Ucapan gulungan bagi pihak Kerajaan dan Pembangkang boleh disampaikan sama ada oleh pendebat pertama atau kedua daripada pihak masing-masing.
6.    Had waktu dan susunan ucapan bagi setiap peserta adalah seperti yang berikut:

    i.        Ucapan Substantif
Perdana Menteri/pencadang pertama - 7 minit
Ketua Pembangkang/pembangkang pertama - 7 minit
Anggota Pertama Kerajaan/pembangkang kedua - 7 minit
Anggota Pertama Pembangkang/pembangkang kedua - 7 minit
Anggota Kedua Kerajaan/pencadang ketiga - 7 minit
Anggota Kedua Pembangkang/pembangkang ketiga - 7 minit


   ii.        Ucapan Gulungan
Gulungan/rumusan Pembangkang - 4 minit
Gulungan/rumusan Kerajaan - 4 minit

7.    Untuk setiap ucapan substantif, loceng akan dibunyikan sekali selepas seminit masa berlalu bagi menandakan pasukan lawan sudah boleh melakukan celahan / meminta penjelasan, dan sekali lagi pada satu minit terakhir bagi menandakan masa untuk membuat celahan sudah tamat. Loceng akan dibunyikan dua kali apabila masa tamat.
8.    Untuk ucapan gulungan, loceng  akan dibunyikan sekali pada permulaan minit yang ketiga dan dua kali apabila tamat masa empat minit.

9.    Pendebat yang melebihi had masa lebih daripada 30 saat akan diberi amaran dan akan diminta menamatkan ucapan oleh Yang Di-Pertua Dewan (Speaker).

TERMA DAN SYARAT

1.    Setiap pasukan boleh menghantar maksimum dua kumpulan peserta di mana setiap kumpulan terdiri daripada 4 orang ahli kumpulan. Peserta mestilah terdiri daripada Fakulti Perubatan, Fakulti, Pergigian, Fakulti Farmasi, atau Fakulti Sains Kesihatan. Percampuran peserta antara fakulti-fakulti tersebut adalah dbenarkan. Penyertaan terbuka kepada IPTA/IPTS

2.    Peserta yang ingin menyertai pertandingan ini perlulah mengisi maklumat peribadi peserta melalui Google form yang boleh didapati laman blog kami.

3.    Usul perdebatan akan dimaklumkan tiga hari sebelum hari pertandingan melalui laman blog program atau dimaklumkan terus kepada wakil peserta untuk memastikan kelancaran program pada hari kejadian.

4.    Bayaran penyertaan yang dikenakan untuk setiap kumpulan ialah sebanyak RM 150.00 dan bayaran hendaklah dibuat selewat-lewatnya seminggu sebelum tarikh pertandingan iaitu 25 April 2014 kepada akaun berikut :
Nama akaun : Jabatan Bendahari Universiti Kebangsaan Malaysia
No.AkaunBank : 1215-0001187-10-1
Nama Bank : CIMB Islamic
 (Sila sertakan no.rujukan, jumlah pemindahan wang peruntukan, dan tarikh)

5.    Bukti pembayaran seperti yang dinyatakan di atas perlulah diemelkan kepada 
Azza Shafiqah binti Izam di   azza.shfqh@yahoo.com
Atau jika anda menggunakan online transaction atau cash deposit , bukti pembayaran perlu di’printscreendan dimuat naik ke dalam google form penyertaan.

6.      Untuk maklumat lanjut, anda boleh ikuti perkembangan dan perincian mengenai program Debat Kesihatan Piala Tun Syed Nasir di alamat blog berikut :

Thursday, 17 April 2014

Jom berDEBAT !

16 pasukan terawal sahaja yang akan terpilih untuk PERTANDINGAN DEBAT KESIHATAN PIALA TUN SYED NASIR

TARIKH: 3-4 MEI 2014
TEMPAT: KOLEJ TUN SYED NASIR, UKM


Sila mendaftarkan pasukan debat anda di sini

-menggilap kreadibiliti mencermin profesionalisme-

Monday, 14 April 2014

Mari Berdebat




Sertai Pertandingan Debat Kesihatan Piala Tun Syed Nasir pada 3-4 Mei 2014. Subprogram Fiesta Sinergi Intelek 2014
 Kolej Tun Syed Nasir




Tunjukkan kebolehan anda ! 16 penyertaan pasukan terawal sahaja !





-menggilap kredibiliti mencermin profesionalisme-